Mempunyai warna dan air zamrud yang cantik
Monday, July 14, 2008
Monday, April 7, 2008
kayu koka atau kokak ?
Orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dengan dakwaan segelintir peniaga mengenai keaslian kayu kokka sebaliknya menyiasat terlebih dulu dari mana sumber kayu berkenaan diperoleh sebelum terbukti kesahihannya. Pendakwah bebas, Sohibul Fadil Sabikin, berkata masyarakat seharusnya tidak mudah tertipu dan terpedaya dengan keistimewaan dan kelebihan yang diuar-uarkan mereka yang tidak bertanggungjawab dengan mendakwa kayu kokka yang dijual di negara ini adalah asli.“Peniaga terbabit perlu membuktikan kayu kokka yang dijual asli, bukan sekadar mendakwa saja sedangkan dia sendiri tidak tahu dari mana datang pokok berkenaan.“Kebanyakan pokok kokka hanya didapati di negara Timur Tengah seperti di Turki dan utara Iraq.
“Mereka (peniaga) perlu ada sumber yang diperakukan pihak yang bertanggungjawab sama ada melalui ejen jualan yang sah atau melalui pembacaan buku atau risalah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, peniaga yang benar-benar ingin menjual pelbagai barangan yang diperbuat daripada kayu kokka perlu ada saluran yang sah termasuk mendapatkan sijil sebelum mendakwa kayu kokka itu asli.“Saya tidak pasti sama ada di negara kita sudah ada peniaga menjual produk kayu kokka asli atau tidak, setahu saya belum ada lagi...kalau di kaki lima itu banyaklah seperti di Chow Kit. “Saya sendiri memiliki cincin yang diperbuat daripada kayu kokka, harganya mencecah ribuan ringgit yang dibeli dari Turki. Saya pernah cuba mengetuknya dengan tukul tetapi ia tidak pecah, malah semakin kuat.“Pokok kokka ini memang susah nak dapat...ia banyak di pergunungan Turki, harganya juga mahal kalau hendak buat tasbih, cincin dan gelang,” katanya. Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam, yang mendedahkan RM8.1 juta wang penduduk negara ini ‘lebur’ gara-gara memiliki kayu kokka - kayu yang selayaknya diubah nama kepada ‘kayu kokak’ (tidak berguna) kerana satu kajian terperinci mendapati kayu kokka sebenarnya tidak wujud dan sengaja diperkenalkan semata-mata untuk tujuan perniagaan.Anggaran jumlah berkenaan diperoleh hasil maklumat daripada sumber yang rapat serta pernah menjalin urus niaga dengan beberapa ‘tauke besar’ atau pembekal utama kayu itu.Begitupun, jumlah itu dipercayai lebih besar kerana ia tidak termasuk jumlah jualan diperoleh peniaga kayu kokka di seluruh negara. Ia juga tidak termasuk jumlah pembelian terus di luar negara terutama di Makkah.Sementara itu, Sohibul Fadil berkata, umat Islam usah terkeliru dengan barangan diperbuat daripada kayu kokka sebaliknya menyiasat terlebih dulu sebelum membelinya.
sumber harian metro
Monday, March 10, 2008
Hukum Memakai Cincin Suasa
Soalan :
apakah hukumnya bagi lelaki memakai cincin emas yang disadur dan dicampur dengan bahan lain seperti suasa? maknanya bukan 100% emas......
Jawapan:
Memakai cincin yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud; "Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas". Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa diperbuat daripada campuran emas melebihi daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki. Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000 mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah haram...
Memakai cincin yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud; "Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas". Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa diperbuat daripada campuran emas melebihi daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki. Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000 mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah haram...
Untuk kepastian sila rujuk JAKIM
Tuesday, March 4, 2008
Burung Cenderawasih (Antara Kebenaran dan Cerita Dongeng)
Anda mesti pernah berjalan-jalan dipasar malam atau pasar tani di tempat kita...di kampung atau bandar...Anda juga mesti pernah terserempak dengan peniaga ubat atau penjual barang-barang antik atau lama. Ada sesetengah peniaga ubat dan barang antik suka membawa bersama haiwan seperti ular, burung dan sebagainya untuk melariskannya. Disini saya mahu berkongsi dengan saudara dan saudari tentang pengalaman saya bersama dengan seorang peniaga barang lama di K.Lumpur. Ketika saya asyik melihat telatah perniaga ubat membuat demo pelbagai aksi, saya terpandang bahan-bahan yang dibawa perniaga terbabit untuk dijadikan demo...antaranya ialah burung cenderawasih yang telah diawet, ramai pengunjung yang tertarik dengannya juga, lalu saya pun bertanya dengan perniaga ubat terbabit...."pakcik mana dapat burung ini" dengan selamba dia menjawab "burung ni pakcik tak jual" saya pun jawab "saya bukan nak beli" bila saya cakap macam tu, beliau pun terus cakap " burung ini hanya terbang diatas langit dan bersarang di awan...kalau dia mati saja baru jatuh ke tanah, kalau nak harganya mencecah ratusan ribu ringgit"....terkejut juga saya, tertanya dalam hati betul ke pakcik ni...memandangkan saya pun belum pernah melihat burung itu sebelum ni terpaksalah percaya bulat-bulat katanya itu...Namun setelah beberapa hari kejadian itu berlaku...seorang sahabat mengajak saya pergi ke Taman burung Negara (K. Lumpur), saya tidak menolak pelawaannya...setelah sampai dan membayar tiket untuk masuk, kami pun menjelajahlah Taman burung terbabit...rupa-rupanya taman burung di Malaysia adalah yang terbesar didunia....rasa banggalah juga...Bila dah lama pusing-pusing dalam taman itu baru saya teringat pasal burung cenderawasih pakcik jual ubat hari tu...saya pun terus mencari dalam taman burung terbabit... setelah puas mencari akhirnya bertemu juga saya dengan burung terbabit di dalam sangkar taman burung...masih hidup lagi...boleh pulak pijak bumi....nampaknya saya dah terkena tipu dengan perniaga ubat tersebut...melalui pertanyaan saya dengan pengjaga terbabit..burung tu boleh dibeli di Indonesia dengan harga tak sampai seribu pun.....jadi janganlah percaya sangat dengan perniaga ubat atau kakilima....Anda pun boleh tengok sendiri burung cenderawasih di Taman Burung Negara.. kalau tak percaya...sekian wassalam
Friday, February 29, 2008
Cara Memakai Cincin (Sunnah Nabi s.a.w)
Pemakaian cincin mengikut adab Islam Nasihat Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. Nabi Salawatu Alai Wasalam. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1) jari manis
2) jari kelingking (anak jari
Jangan memakai pada jari
1) jari tengah
2) jari telunjuk
Nabi Muhammad S.A.W. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s. Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah SubhanAllah Wa Taala. Nabi Salawatu Alai Wasalam. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi Salawatu Alai Wasalam. dapatlah kita pahala.
"Nota: Buat mereka yang pakai cincin."
Wednesday, February 20, 2008
Saiz dan bentuk potongan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Asal-usul Batu Zamrud
Zamrud atau Emerald merupakan keluarga beryl; berillium aluminium silika dengan kromium, Be3Al2(SiO3)6::Cr dengan pertambahan kromium dan kadangkala vanadium yang memberi warna hijau yang cantik pada batu permata ini. Emerald dalam Bahasa Greek bermaksud "green germstone" (diambil dari perkataan dalam bahasa Perancis kuno "esmeralde"). Terdapat juga sumber mengatakan perkataan emerald berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud hijau. Tamadun kuno seperti Inca dan Aztec di Amerika Selatan menganggap batu permata ini sebagai batu permata yang suci dan digunakan untuk upacara keagamaan. Malah Tamadun Mesir purba dipercayai telah menggunakan batu ini sebagai perhiasan untuk raja dan pembesar negara 3000 tahun sebelum Masihi. Tamadun Yunani juga menyaksikan Cleopatra menggunakan batu emerald sebagai perhiasan. Turut tersenarai ialah Maharaja dan Maharani India yang menggunakan emerald sebagai mahkota. Ini kerana masyarakat India percaya emerald membawa nasib yang baik serta kekayaan.Emerald biasa dijumpai mempunyai inclusion dengan mineral lain. Dengan kekerasan dalam skala Mohs diantara 7 hingga 9, emerald merupakan batu permata yang boleh dipakai dan disesuaikan dengan pelbagai hiasan. Emerald mempunyai "natural luminosity" (kilauan asli) dimana warnanya hijau pudar tidak dapat dilihat dengan mendalam dengan mata kasar. Warna hijaunya unik dengan variasi spektrum dan ton warna yang sangat menarik apabila dipancarkan menggunakan cahaya UV. Emerald yang mempunyai kristal (inclusion) di bahagian dalam seperti retakan serta rekahan dan buih yang dikenali sebagai "jardin" mempunyai nilai yang tinggi di pasaran. Perkataan jardin berasal dari perkataan Greek yang bermaksud taman. Dahulu, manusia menggambarkan keindahan dalaman batu emerald sebagai "jardin of emerald" iaitu "taman yang indah di dalam batu emerald." Jardin ini secara tidak langsung meningkatkan lagi harga emerald di pasaran. Emerald yang mempunyai warna hijau pekat dengan jardin mempunyai harga yang sangat tinggi di pasaran. Emerald dari Zimbabwe dipercayai merupakan emerald yang tertua di dunia dengan usia menjangkau lebih daripada 260 juta tahun. Spesimen emerald dari Pakistan pula dianggarkan berusia 9 juta tahun lebih muda. Colombia merupakan pengeluar utama emerald yang berkualiti di dunia. Muzo dan Chivor yang terletak di Colombia dimana emerald dilombong oleh Tamadun Inca purba merupakan emerald yang paling berkualiti dan bernilai di dunia. Kini, Coscuez merupakan lombong emerald yang terbesar di Colombia dan di dunia. Selain itu, terdapat juga emerald dari Zambia, Brazil, Zimbabwe, Madagascar, Pakistan, India, Afghanistan dan Russia. Emerald yang tulen mempunyai komposisi chromium dan vanadium yang memberikan pancaran cahaya yang menarik. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, beryl asli tidak berwarna. Hasil pertambahan logam dan unsur lain menyebabkan beryl mempunyai warna yang pelbagai. Jika dilihat dari sudut kimia-mineralogi, emerald merupakan berillium aluminium silika dengan kromium atau vanadium. Biasanya bahan-bahan ini tidak berada bersama-sama di dalam kerak bumi. Akibat daripada proses tektonik yang intensif seperti orogenesis, metamorfosis, dan hakisan, bahan-bahan ini bergabung membentuk kristal emerald. Tekanan mekanikal dan haba yang kuat pula membantu pertumbuhan kristal emerald dan membentuk satu ikatan kimia yang kuat. Kesan rekahan atau buih di dalam batu permata ini pula terjadi akibat dari kehilangan air dan juga udara yang terperangkap semasa pembentukan kristal emerald. Hasil daripada tekanan dan proses sintesis kimia yang mengambil masa berjuta-juta tahun, emerald terhasil dengan corak dalaman yang sangat unik. Namun terdapat juga emerald yang mempunyai kristal yang seolah-olah tumbuh di dalamnya. Ini terjadi kerana kristal-kristal ini masih lagi berada dalam proses pertumbuhan dalam peringkat kedua dan ketiga. Emerald yang berharga tanpa sebarang jardin juga wujud. Emerald ini bersifat lutsinar dengan warna hijau yang menarik dan sangat jarang ditemui. Ini kerana emerald tanpa jardin terhasil akibat dari gangguan semasa proses kejadiannya. Oleh itu hanya berillium aluminium silika dengan kromium sahaja yang menghasilkan emerald ini tanpa sebarang unsur lain. Emerald ini sangat berharga dan menjadi buruan penggemar batu permata kerana jarang dijumpai terutama sekali dalam saiz yang besar. Emerald merupakan batu permata yang sentiasa dikagumi sejak zaman dahulu lagi. Oleh sebab inilah kebanyakan emerald yang terkenal kini hanya boleh dilihat di muzium dan dijadikan sebagai koleksi sahaja. Di New York Museum of Natural History sebagai contoh, mempamerkan sebuah cawan yang diperbuat dari emerald yang dimiliki oleh Maharaja Jehangir. Di sebelah cawan tersebut pula dipamerkan emerald yang merupakan salah satu emerald dari Colombia yang terbesar yang dikenali sebagai Patricia seberat 632 karat. Koleksi Bank of Bogota pula mempunyai beberapa batu emerald termasuk 5 batu emerald yang sangat berharga seberat 200 hingga 1976 karat dimana sebahagian emerald ini pernah dimiliki oleh Maharani Farah seorang Maharani negara Parsi (kini dikenali sebagai negara Iran). Maharaja Turki juga dikenali sebagai seorang yang menggemari batu emerald. Salah satu simpanan Istana Topkapi di Istanbul merupakan sebilah keris yang dihiasi dengan batu emerald dan beberapa batu permata lain yang merupakan simbol keagungan Maharaja Turki. Emerald terbesar di dunia dijumpai di lombong La Vega de San Juan dekat Gachalá, Colombia. Emerald ini dikenali sebagai Gachala Emerald seberat 858 karat dijumpai pada tahun 1967 yang kini dipamerkan di National Museum of Natural History of the Smithsonian Institution dekat Washington DC. Gachala Emerald didermakan oleh Harry Winston seorang pengumpul batu permata di New York. Satu lagi emerald yang terkenal dikenali sebagai Chalk Emerald seberat 37.82 karat yang telah didermakan oleh Mr. dan Mrs. O. Roy Chalk pada 1972 yang kini turut dipamerkan diNational Museum of Natural History of the Smithsonian Institution dekat Washington DC. Satu lagi emerald yang besar ialah "Mogul Emerald" yang dijumpai sekitar tahun 1695, seberat 217.80 karat dengan ketinggian 10 cm. Di sebelah permukaan batu ini diukir dengan teks yang dipercayai ayat-ayat suci manakala di sebelah lagi diukir dengan ukiran flora. Emerald ini telah dilelong oleh Christie's of London kepada seorang pembeli dengan harga 2.2 juta US Dollar pada 28 September 2001. Emerald asli biasanya mempunyai harga yang sangat tinggi. Lebih pekat dan cantik warna hijaunya, lebih mahal harganya di pasaran. Kini terdapat juga emerald sintetik yang boleh didapati di pasaran dengan harga yang berpatutan. Emerald sintetik dibuat melalui satu proses yang dinamakan Carroll Chatham. Satu lagi jenis emerald sintetik dibuat melalui proses yang dinamakan Pierre Gilson Sr. yang telah berada di dalam pasaran sejak tahun 1964. Emerald Gilson terhasil daripada perkembangan emerald sintetik dari beryl tidak berwarna. Kadar pertumbuhannya sangat perlahan; kira-kira 1mm bagi sebulan dan memerlukan masa 7 bulan untuk mencapai ketebalan 7mm. Emerald merupakan permata yang sangat jarang ditemui dalam saiz yang besar. Selain itu, emerald yang berkualiti sangat sukar ditemui, contohnya "Trapiche emeralds" yang hanya didapati di Colombia yang mempunyai 6 sudut pancaran cahaya (six rays emanating) dari tengah. Emerald yang cantik dengan warna hijau tua berasal dari Zambia. Warna hijaunya lebih pekat berbanding emerald dari Colombia. Selain itu, Brazil juga mempunyai emerald yang jarang ditemui yang dikenali sebagai "Cat's eye emerald" yang mempunyai kesan cat's eye di bahagian tengah batu.Emerald merupakan birthstone bagi bulan Mei. Dahulu, emerald hanya dipakai oleh golongan bangsawan, raja-raja dan pembesar sebagai simbol keagungan dan kekuasaan.