Orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dengan dakwaan segelintir peniaga mengenai keaslian kayu kokka sebaliknya menyiasat terlebih dulu dari mana sumber kayu berkenaan diperoleh sebelum terbukti kesahihannya. Pendakwah bebas, Sohibul Fadil Sabikin, berkata masyarakat seharusnya tidak mudah tertipu dan terpedaya dengan keistimewaan dan kelebihan yang diuar-uarkan mereka yang tidak bertanggungjawab dengan mendakwa kayu kokka yang dijual di negara ini adalah asli.“Peniaga terbabit perlu membuktikan kayu kokka yang dijual asli, bukan sekadar mendakwa saja sedangkan dia sendiri tidak tahu dari mana datang pokok berkenaan.“Kebanyakan pokok kokka hanya didapati di negara Timur Tengah seperti di Turki dan utara Iraq.
“Mereka (peniaga) perlu ada sumber yang diperakukan pihak yang bertanggungjawab sama ada melalui ejen jualan yang sah atau melalui pembacaan buku atau risalah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, peniaga yang benar-benar ingin menjual pelbagai barangan yang diperbuat daripada kayu kokka perlu ada saluran yang sah termasuk mendapatkan sijil sebelum mendakwa kayu kokka itu asli.“Saya tidak pasti sama ada di negara kita sudah ada peniaga menjual produk kayu kokka asli atau tidak, setahu saya belum ada lagi...kalau di kaki lima itu banyaklah seperti di Chow Kit. “Saya sendiri memiliki cincin yang diperbuat daripada kayu kokka, harganya mencecah ribuan ringgit yang dibeli dari Turki. Saya pernah cuba mengetuknya dengan tukul tetapi ia tidak pecah, malah semakin kuat.“Pokok kokka ini memang susah nak dapat...ia banyak di pergunungan Turki, harganya juga mahal kalau hendak buat tasbih, cincin dan gelang,” katanya. Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam, yang mendedahkan RM8.1 juta wang penduduk negara ini ‘lebur’ gara-gara memiliki kayu kokka - kayu yang selayaknya diubah nama kepada ‘kayu kokak’ (tidak berguna) kerana satu kajian terperinci mendapati kayu kokka sebenarnya tidak wujud dan sengaja diperkenalkan semata-mata untuk tujuan perniagaan.Anggaran jumlah berkenaan diperoleh hasil maklumat daripada sumber yang rapat serta pernah menjalin urus niaga dengan beberapa ‘tauke besar’ atau pembekal utama kayu itu.Begitupun, jumlah itu dipercayai lebih besar kerana ia tidak termasuk jumlah jualan diperoleh peniaga kayu kokka di seluruh negara. Ia juga tidak termasuk jumlah pembelian terus di luar negara terutama di Makkah.Sementara itu, Sohibul Fadil berkata, umat Islam usah terkeliru dengan barangan diperbuat daripada kayu kokka sebaliknya menyiasat terlebih dulu sebelum membelinya.
sumber harian metro
1 comment:
Kayu koka memang wujud. Jangan kata tidak wujud. Di dalam kitab pondok disebut kayu zamrud. kerana nilainya seperti zamrud...
Post a Comment